Sejarah Shenyang J-11

Pembatalan program J-11

Pada tahun 1970-an, Shenyang Aircraft Factory telah memberi cadangan reka bentuk pesawat pejuang ringan yang menggunakan enjin Rolls-Royce Spey 512 buatan British yang dikenali sebagai J-11. Projek ini kemudiannya dibatalkan disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan enjin[1] dan keupayaannya yang menyamai pesawat MiG-19 yang mana pada waktu itu masih berada dalam perkhidmatan dengan tentera udara.

J-11 baru

Pesawat J-11 baru adalah versi reka bentuk semula oleh China akan pesawat penguasaan udara Sukhoi Su-27SK. Sukhoi pada awalnya hanya menyediakan bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang kepada Shenyang Aircraft Corporation setelah memeterai perjanjian pada tahun 1995, tetapi setelah beberapa ketika kandungan komponen-komponen buatan China untuk pesawat ini telah meningkat sehingga 70% untuk semua pesawat Su-27 yang dipesan oleh Tentera Udara China adalah buatan China. Laporan menyatakan bahawa Sukhoi bersetuju dengan program tingkat upaya untuk radar yang dipertingkatkan dan sistem avionik serangan pada tahun 2001.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2004, media Rusia melaporkan pengeluaran bersama pesawat asas J-11 telah dihentikan setelah 100 buah pesawat dibina, memetik sumber daripada Tentera Udara China mencadangkan bahawa pesawat asas Su-27/J-11 tidak lagi memenuhi keperluan Tentera Udara China. Tentera Udara China kemudian mendedahkan model baru pesawat J-11C pada hujung tahun 2002. Pesawat ini dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal dan peluru berpandu udara-ke-udara PL-12 buatan China, berkemungkinan untuk diperanan sebagai pesawat serangan maritim.